Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

29 April, 2010

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu

Pada 15 April 2010 SK Pasir Gebu telah menjadi tuan rumah untuk Minggu Bahasa dan telah mengadakan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu di PKG Penaga, Pihak PKG Penaga telah membantu menjalankan dokumentasi semasa petandingan berlangsung. Berikut adalah gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.

15 April, 2010

Pesta Buku Pulau Pinang


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pesta Buku Pulau Pinang yang akan diadakan pada tarikh 28 April hingga 2 Mei 2010, pada pukul 10.30 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Pulau Pinang,


Karnival Bahasa Melayu

Pada hari ini iaitu 15 April 2010 pukul 2 petang SK Pasir Gebu akan mengadakan Karnival Bahasa Melayu (Pidato) di bilik seminar Pusat Kegiatan Guru Penaga

08 April, 2010

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS Kutipan 1/ 2010

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah memberi jadual baru bagi pengisian data SPPICTS kali 1 / 2010 bagi negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :

a. 17 April 2010 
b. 24 April 2010
c. 2 - 3 Mei 2010
d. 6 - 9 Mei 2010

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua sekolah agar dapat mengisi data berkenaan mengikut tarikh tersebut di atas. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi bin Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

06 April, 2010

Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa penarafan iQ-PSS BTP Tarantula sedang berjalan pada masa ini. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama kepada semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) agar dapat mengisi penarafan berkenaan sebelum atau pada 21 April 2010. Untuk pengetahuan semua GPM, sebelum anda memajukan iQ-PSS tersebut ke PKG secara online, anda perlu mencetak borang iQ-PSS berkenaan dan meminta pengesahan daripada Guru Besar atau Penolong Kanan dan disimpan di PSS sebagai rujukan. Sila berhubung dengan PKG sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

Penangguhan Kutipan Data SPPICTS Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS kali 1/2010 DITANGGUHKAN buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal. Pihak PKG akan memaklumkan kepada semua sekolah apabila masalah berkenaan telah dapat di atasi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1