Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

11 Ogos, 2010

Bengkel Pengurusan SSQS

Bertarikh    : 30 Julai 2010
Masa          : 2.45 hingga 5.00 petang
Tempat       : Bilik Seminar, PKG Penaga

Bengkel Pengurusan Pengisian Data SSQS telah dijalankan di PKG Penaga, seramai 19 orang terdiri daripada GPB, Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah-sekolah ahli PKG Penaga telah menghadirkan diri.




 En. Suhaimi yang menjadi penceramah pada hari tersebut

Bengkel Pengurusan Program i-Nilam

Bertarikh : 23 Jun 2010
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik ICT PKG Penaga

Pada tarikh tersebut seramai 21 orang terdiri dari GPM dan Guru Nilam sekolah-sekolah ahli kawasan PKG Penaga telah menghadiri Bengkel Pengurusan i-Nilam.


12 Julai, 2010

Tutorial : Chat Box

Dalam tutorial kali ini saya akan menunjukkan bagaimana cara-cara untuk memasukkan Chat box atau cbox ke dalam blogger.... chat box atau cbox ini amat berguna untuk kita berinteraksi dengan pelawat-pelawat yang melayari blog kita.

Untuk tutorial kali ini saya akan menggunakan www.cbox.ws untuk chat box kita. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah yang saya akan tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Layari www.cbox.ws dan klik pada "sign up" untuk mendaftar akaun baru dengan cbox.

08 Jun, 2010

Bengkel Penyelarasan Program i-NILAM 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Penaga akan mengadakan Bengkel Penyelarasan Program i-NILAM 2010 seperti ketetapan berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 23 Jun 2010
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Penaga

Sehubungan dengan itu, di minta kepada semua GPM dan Setiausaha NILAM agar dapat menghadirkan diri ke bengkel ini. Di minta kerjasama GPM agar dapat membawa bersama sebuah komputer riba dan Data Bacaan NILAM dari bulan Januari hingga Mei 2010 (satu kelas sahaja). Surat makluman berkenaan dengan bengkel ini telah dimasukkan ke dalam 'pigeon hold' sekolah masing-masing pada 04 Jun yang lalu.

Sekian, harap maklum.

SPPICTS Bil. 2 Tahun 2010

Kutipan Data SPPICTS Bil. 1 Tahun 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GPB/Guru ICT atas kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan kutipan data SPPICTS bil. 1 tahun 2010 yang lalu. Kerjasama yang padu ini diharap akan berterusan terutama pada kutipan data SPPICTS bil. 2 yang akan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010. Surat makluman berkenaan dengan perkara ini akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Sekian, harap maklum.

14 Mei, 2010

Berita


Maklumbalas berkenaan PKG Menjadi Gajah Putih dari

WAN MOHD ZAIDEE WAN ZIN
PTP PKG CHERASAssalamualaikum,

Sedikit pandangan saya,

Pada pandangan saya, guru yang menyuarakan pendapat ini tidak faham tentang fungsi PKG sebenarnya. Perkara yang paling jelas dinyatakan bahawa PKG mempunyai 4 orang pegawai sedangkan hakikatnya hanya ada 2 orang pegawai, 2 orang lagi adalah staf sokongan. Walaupun nama kita adalah Pusat Kegiatan Guru namun bidang tugas kita agak berlainan dengan pusat itu sendiri. Lupakan bidang tugas yg lepas dan berikan tumpuan kepada bidang tugas kita yang baru. Kita hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan sahaja.

Berita..


Pegawai berjawatan tinggi lagak mandur, beri tugas bebankan guru


2010/05/13

SEJAK akhir-akhir ini sering kedengaran suara guru mengeluh kononnya dibebankan dengan banyak tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

Tidak kurang pula terus merayu dan meminta agar skim perkhidmatan guru ditambah baik, gaji dinaikkan dan bermacam-macam lagi permintaan. Persoalannya, benarkah guru dibebankan dengan pelbagai tugas yang tidak sewajarnya mereka lakukan?

29 April, 2010

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu

Pada 15 April 2010 SK Pasir Gebu telah menjadi tuan rumah untuk Minggu Bahasa dan telah mengadakan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu di PKG Penaga, Pihak PKG Penaga telah membantu menjalankan dokumentasi semasa petandingan berlangsung. Berikut adalah gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.

15 April, 2010

Pesta Buku Pulau Pinang


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Pesta Buku Pulau Pinang yang akan diadakan pada tarikh 28 April hingga 2 Mei 2010, pada pukul 10.30 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Pulau Pinang,


Karnival Bahasa Melayu

Pada hari ini iaitu 15 April 2010 pukul 2 petang SK Pasir Gebu akan mengadakan Karnival Bahasa Melayu (Pidato) di bilik seminar Pusat Kegiatan Guru Penaga

08 April, 2010

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS Kutipan 1/ 2010

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah memberi jadual baru bagi pengisian data SPPICTS kali 1 / 2010 bagi negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :

a. 17 April 2010 
b. 24 April 2010
c. 2 - 3 Mei 2010
d. 6 - 9 Mei 2010

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua sekolah agar dapat mengisi data berkenaan mengikut tarikh tersebut di atas. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi bin Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

06 April, 2010

Penarafan iQ-PSS BTP Tarantula Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa penarafan iQ-PSS BTP Tarantula sedang berjalan pada masa ini. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama kepada semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) agar dapat mengisi penarafan berkenaan sebelum atau pada 21 April 2010. Untuk pengetahuan semua GPM, sebelum anda memajukan iQ-PSS tersebut ke PKG secara online, anda perlu mencetak borang iQ-PSS berkenaan dan meminta pengesahan daripada Guru Besar atau Penolong Kanan dan disimpan di PSS sebagai rujukan. Sila berhubung dengan PKG sekiranya menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.

Sekian, harap maklum

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

Penangguhan Kutipan Data SPPICTS Kali 1/2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS kali 1/2010 DITANGGUHKAN buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal. Pihak PKG akan memaklumkan kepada semua sekolah apabila masalah berkenaan telah dapat di atasi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Fauzi Komari
Pegawai Teknologi Pendidikan 1

26 Mac, 2010

KUTIPAN DATA SPPICTS 1/2010

Kutipan data SPPICTS 1/2010 akan bermula dari 21 Mac hingga 09 April 2010. Sila kemaskini data SPPICTS sekolah tuan/puan pada tarikh tersebut. Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menjayakan kutipan data tersebut. Tindakan awal tuan/puan akan mengelakkan kesesakan pada server. Terima kasih

Pengemaskinian maklumat oleh pihak sekolah boleh dibuat melalui online di URL http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my

Tatacara mengemaskini data SPPICTS :

LANGKAH 1
















LANGKAH 2
















LANGKAH 3















LANGKAH 4















LANGKAH 5
















LANGKAH 6
















LANGKAH 7
















Terima kasih

Laporan Tahunan PKG Penaga 2009

Pada 24 hingga 25hb Mac BTPN Pulau Pinang telah menjalankan bengkel pemurnian folio tahunan untuk BTPN dan PKG Pulau Pinang di Makmal Komputer BTPN Pulau Pinang dan berikut adalah hasil Laporan untuk PKG Penaga Tahun 2009





24 Mac, 2010

Bermula Kembali

Ini adalah posting yang pertama untuk tahun 2010.... dan kami berharap akan dapat menambah posting2 yang mempunyai lebih info dan maklumat untuk tatapan bersama