Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

09 Disember, 2009

Program Meja Ke Meja

Bacaan Hari Ini : Siri Bacaan Sivik dan Kenegaraan
Berjimat Cermat oleh Anwar A.H. dan Ghani K.R
38 mukasurat
Sipnosis : Buku ini adalah mengenai Ranjit yang mempelajari cara-cara untuk berjimat cermat daripada orang sekelilingnya.

19 Oktober, 2009

Bengkel Penjilidan Bahan

Baru-baru ini BTPN PP telah mengadakan bengkel penjilidan bahan di BTPN untuk PTP dan Guru Perpustakaan dan Media... Bengkel ini telah dijalankan selama 3 hari. Berikut adalah Gambar2 semasa bengkel sedang dijalankan.





















14 Oktober, 2009

Bengkel Pembinaan Modul P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan



Pada 14 dan 15hb Oktober 2009 JPN Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Pembinaan Modul P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di Pusat Kegiatan Guru Penaga di bilik seminar 1 dan bilik ICT, bengkel selama 2 hari ini di uruskan oleh En. Jafri dan En. Wang dari JPN. Di sini disertakan gambar-gambar semasa bengkel sedang berjalan.


29 September, 2009

WhatInStartup 1.15 (Program Baru Minggu Ini)


Perisian ini memaparkan maklumat tentang semua aplikasi yang di muatkan semasa windows sedang mula. Bagi setiap applikasi maklumat-maklumat seperti jenis 'startup' (Registri/startup folder), Command Line String, Nama Produk, Versi program, Nama.........


Klik disini untuk ke techinfo@penaga

Lawatan Kerja Pengarah dan Timbalan Pengarah BTP


Salam sejahtera


Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg.Datin Zaleha binti Abdullah Sani
(Pengarah BTP) dan Pn.Hawa binti Said (Timbalan Pengarah BTP) akan mengadakan lawatan kerja di Pulau Pinang dari 30 September 2009 (Rabu) hingga 2 Oktober 2009 (Jumaat).

Sehubungan itu, kerjasama dari semua pegawai dan
kakitangan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pulau Pinang adalah dipohon agar dapat membuat persediaan awal di setiap PKG sekiranya Y.Bhg. Datin ingin mengadakan lawatan ke PKG tuan/puan.

Dikesempatan ini juga dimaklumkan bahawa disamping perhimpunan bulanan dan mesyuarat pengurusan BTPN-PKG, satu majlis jamuan
hari raya akan diadakan pada hari yang sama (30 September 2009)jam 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang. Dimaklumkan juga pada hari mesyuarat tersebut tuan/puan diminta memakai pakaian formal (kemeja) dan bertali leher bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan untuk tujuan pengambaran secara individu.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Saya yang menurut perintah

Addnan Abd Hamid
Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru dan
Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Pengurusan Kewangan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

04- 573 6901 sambungan 204 atau 013-334 6983

28 September, 2009

Laman Web Terbaru BTPN Pulau Pinang


Sila layari laman web ini untuk sebarang maklumat dan aktiviti BTPN sepanjang tahun dan juga maklumat tentang pegawai BTPN dan PKG Pulau Pinang

27 September, 2009

Renovasi

Blog PKG Penaga sedang menjalankan kerja-kerja deko-deko harap bersabar

16 September, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya

Selamat menyambut hari raya dari kami warga PKG Penaga kepada semua umat islam

15 September, 2009

Selamat Hari Raya

Kakitangan Pusat Kegiatan Guru Penaga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat islam



04 September, 2009

Sekitar Aktiviti Tahun 2009

Gambar-gambar lawatan dari Jabatan Pendidikan Bangkok, Thailand. Ke SMK Seri Balik Pulau.

Lihat Semua Gambar Disini
PKG PENAGA IMAGES

24 Ogos, 2009

Sekitar Aktiviti 2009 Lawatan dari BTPN Selangor

Himpunan Gambar Sekitar Aktiviti 2009, Lawatan dari BTPN Selangor Ke Sekolah SK Pasir Gebu PSS Cemerlang.


Lawatan Penanda Aras Ke PSS Cemerlang
Tarikh : 5 Mac 2009
Peserta : 40 orang yang terdiri dari Pegawai BTP, PKG, Pentadbir dan Guru negeri Selangor

Lagi Gambar Klik Disini PKG PENAGA IMAGES

Borang Cuti

Maklumat Terbaru dari pihak pengurusan BTPN PP..

untuk borang cuti

Borang Cuti Rehat gunakan kertas warna Putih
Borang Cuti Tanpa Rekod gunakan kertas warna Hijau
Borang Cuti Ganti gunakan kertas warna Biru

Bagi cuti rehat yang telah diambil tetapi baru hendak dipohon hendaklah dicetak diatas kertas berwarna Merah Jambu

Setiap permohonan cuti hendaklah dihantar 2 salinan

Laporan Penggunaan Iboard


Laporan Penggunaan Iboard di 2 sekolah ahli PKG Kawasan Penaga. SJKC Aik Keow Penaga dan SK Pasir Gebu


untuk maklumat yang lebih lanjut sila klik disini Iboard SJKC Aik Keow Penaga, SK Pasir Gebu

20 Ogos, 2009

Jawatan Kuasa Pengurusan PKG Penaga

JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN AKTIVITI PKG SESI 2008 / 2010

Penasihat
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Pengerusi
Pengetua
SMK Seri Muda

Naib Pengerusi (Menengah)
Pengetua SMK Permatang Tok Labu

Naib Pengerusi (Rendah)
Guru Besar
SK Pasir Gebu

Setiausaha
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
PKG Penaga

Penolong Setiausaha
Pegawai Teknologi Pendidikan 2
PKG Penaga

Ahli Jawatankuasa

Teknologi Maklumat
Pengerusi : Guru Besar, SK Kuala Muda
Setiausaha : Guru Besar, SJKC Kuang Yu
Ahli Jawatankuasa : Guru Besar, SJKC Aik Keow, Penaga
:

Sosial dan Kebajikan
Pengerusi : Guru Besar, SK Permatang Janggus
Setiausaha : Guru Besar, SK Permatang Sintok
Ahli Jawatankuasa : Guru Besar, Maahad Imam An Nawawi
: Guru Besar, SK Penaga Jaya

Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : Pengetua, SMK Permatang Tok Labu
Setiausaha : Pengetuar, SMK Seri Muda
Ahli Jawatankuasa : Guru Besar, SK Pasir Gebu

Latihan dan Penghasilan Sosial dan Kebajikan
Pengerusi : Guru Besar, SK Pasir Gebu
Setiausaha : Guru Besar, SK Penaga
Ahli Jawatankuasa : Guru Besar, SK Pulau Mertajam

19 Ogos, 2009

Bengkel Pengurusan PSS Cemerlang SK Pasir Gebu


Pada 12 Ogos Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah ahli PKG kawasan Penanti telah datang melawat Pusat Sumber Sekolah Cemerlang SK Pasir Gebu dengan ditemani PTP2 PKG Penanti Encik Radzi terima kasih diucapkan oleh pihak pengurusan PKG Penaga dan SK Pasir Gebu diatas lawatan ini...
Lihat kesemua gambar klik disini PKG PENAGA IMAGES

Update

Minggu ini sibuk sikit sebab tengah design blog untuk sk pasir gebu online... dan menyelesaikan kerja-kerja pejabat. untuk melayari laman blog sk pasir gebu sila klik link ini skpasirgebu segala maklumat tentang sekolah ini terdapat di dalam blog ini...

10 Ogos, 2009

Sticker dan Poster EduwebTV

Kepada sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Penaga. Anda diminta menghantar wakil ke PKG Penaga untuk mengambil Risalah Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang, Sticker dan Poster terbaru Eduwebtv di PKG. Sila hubungi PKG sebelum datang mengambil bahan-bahan tersebut.

Senarai Sekolah Ahli

1. PEA2055 SMK Seri Muda
2. PEA2088 SMK Permatang Tok Labu - 20/08/09
3. PBA2015 SK Penaga
4. PBA2036 SK Penaga Jaya
5. PBA2013 SK Pasir Gebu - 10/08/09
6. PBA2019 SK Permatang Janggus - 19/08/09
7. PBA2020 SK Permatang Sintok
8. PBA2023 SK Pulau Mertajam
9. PBA2008 SK Kuala Muda - 12/08/09
10. PBC2033 SJKC Aik Keow Penaga
11. PBC2041 SJKC Kuang Yu
12. PFT2003 Maahad Al-Imam An-Nawawi - 10/08/09

*Status - Merah = Belum Ambil
- Hijau = Sudah Ambil

Status SSQS Terkini Sekolah PKG Penaga

Untuk guru-guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Penaga sila pastikan anda mengemaskini maklumat SSQS sebelum/pada 14 Ogos 2009

05 Ogos, 2009

Template Untuk Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum... disini adalah template untuk menyambut bulan mulia yang akan datang ini harap bersabar kami akan cuba menambah baik lagi template blog ini....

03 Ogos, 2009

Situasi semasa Influenza A(H1N1)

(Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17
Kes Kematian: 1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.

574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).

Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.

Baca lagi Maklumat tentang Influenza A(H1N1) di website KKM klik disini.

30 Julai, 2009

Mesyuarat Pengurusan PKG Penaga 2009

Mesyuarat pengurusan PKG Penaga Tahun 2009 telah dijalankan baru-baru ini di bilik mesyuarat PKG Penaga dengan dihadiri oleh guru besar-guru besar, pengetua dan pegawai BTPN Pulau Pinang En. Adnan.

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh En. Zainol Abidin bin Ismail (SMK Sri Muda)