12 Disember, 2014

Apps untuk Android : MyHRMIS Cuti






Aplikasi MyHRMIS Cuti merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU untuk membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih.

Fungsi-fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti :

1. Kelayakan Cuti - Membolehkan penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahunan pada tahun semasa.

2. Mohon Cuti - Memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat.

3. Sokong Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti.

4. Lulus Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti.

5. Status Cuti - Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskan.


Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti


1. Pemakluman melalui emel – Pemohon boleh memilih untuk MyHRMIS Cuti memaklumkan melalui emel kepada Pegawai Penyokong bagi permohonan cuti yang telah dibuat.

2. Notifikasi oleh MyHRMIS Cuti - Pengguna akan dimaklumkan mengenai mesej transaksi semasa memohon cuti melalui telefon bimbit.

3. Kemudahan ingat No.KP dan Katalaluan.

4. Kemudahan link ke MyHRMIS Profil.


Pautan Ke Aplikasi MyHRMIS Cuti di Google Store Klik

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.