29 September, 2009

Lawatan Kerja Pengarah dan Timbalan Pengarah BTP


Salam sejahtera


Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg.Datin Zaleha binti Abdullah Sani
(Pengarah BTP) dan Pn.Hawa binti Said (Timbalan Pengarah BTP) akan mengadakan lawatan kerja di Pulau Pinang dari 30 September 2009 (Rabu) hingga 2 Oktober 2009 (Jumaat).

Sehubungan itu, kerjasama dari semua pegawai dan
kakitangan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pulau Pinang adalah dipohon agar dapat membuat persediaan awal di setiap PKG sekiranya Y.Bhg. Datin ingin mengadakan lawatan ke PKG tuan/puan.

Dikesempatan ini juga dimaklumkan bahawa disamping perhimpunan bulanan dan mesyuarat pengurusan BTPN-PKG, satu majlis jamuan
hari raya akan diadakan pada hari yang sama (30 September 2009)jam 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang. Dimaklumkan juga pada hari mesyuarat tersebut tuan/puan diminta memakai pakaian formal (kemeja) dan bertali leher bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan untuk tujuan pengambaran secara individu.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Saya yang menurut perintah

Addnan Abd Hamid
Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru dan
Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Pengurusan Kewangan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pulau Pinang

04- 573 6901 sambungan 204 atau 013-334 6983

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.