Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

26 Disember, 2014

Penyerahan Bahan MBMMBI 2014

Sepanjang minggu ini dari 22 hingga 26 Disember 2014 pihak PKG Penaga telah menyerahkan bahan-bahan MBMMBI terkini kepada sekolah-sekolah ahli yang berkenaan. Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar penyerahan DVD dan CD MBMMBI :-

24 Disember, 2014

Bengkel Pengurusan Blog 2014

Bengkel ini telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Tasek Gelugor. Kursus ini melibatkan pembantu-pembantu tadbir dari Pusat Kegiatan Guru Bahagian Utara. Antaranya ialah Pusat Kegiatan Guru Penaga, Tasek Gelugor, Kepala Batas, Butterworth dan Teluk Air Tawar.

12 Disember, 2014

Apps untuk Android : MyHRMIS Cuti






Aplikasi MyHRMIS Cuti merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU untuk membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih.

Fungsi-fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti :

1. Kelayakan Cuti - Membolehkan penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahunan pada tahun semasa.

2. Mohon Cuti - Memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat.

3. Sokong Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti.

4. Lulus Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti.

5. Status Cuti - Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskan.


Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti


1. Pemakluman melalui emel – Pemohon boleh memilih untuk MyHRMIS Cuti memaklumkan melalui emel kepada Pegawai Penyokong bagi permohonan cuti yang telah dibuat.

2. Notifikasi oleh MyHRMIS Cuti - Pengguna akan dimaklumkan mengenai mesej transaksi semasa memohon cuti melalui telefon bimbit.

3. Kemudahan ingat No.KP dan Katalaluan.

4. Kemudahan link ke MyHRMIS Profil.


Pautan Ke Aplikasi MyHRMIS Cuti di Google Store Klik

Pusat Kegiatan Guru Penaga Telah di Anugerahkan Dua Anugerah

Di Majlis Hari Apresiasi dan Anugerah Inovasi 2014 di BTPN Pulau Pinang yang telah diadakan pada 11 Disember 2014. Pusat Kegiatan Guru Penaga telah menerima dua Anugerah iaitu Anugerah diatas Kecemerlangan dalam bidang Pemantauan dan Khidmat Bantu, Anugerah PKG arapan (Lonjakan Prestasi) bagi tahun 2014



05 Disember, 2014

PROGRAM LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR BTPNPP DAN BTPN PERLIS

Tarikh Lawatan 26hb November 2014. Terdiri daripada pegawai dari BTPN Pulau Pinang dan PKG Negeri Pulau Pinang telah ke PKG Kangar, Perlis dan BTPN Perlis untuk lawatan perkongsian Pintar

02 September, 2014

SENARAI TEMPAHAN BILIK SEMINAR, MESYUARAT DAN KOMPUTER PUSAT KEGIATAN GURU PENAGA SEPTEMBER DAN OKTOBER 2014

September
- 23 hingga 25 September - Bengkel Rangkaian - Bilik Mesyuarat
- 24 hingga 26 September - Mohd Sahimi bin Ibrahim - Bilik Seminar 1
- 24 hingga 25 September -  Faizah binti Bakar - Bilik Seminar 2
- 26 September - Faizah binti Bakar - Bilik Mesyuarat

Oktober
- 7 hingga 8 Oktober - Mohd Sahimi bin Ibrahim - Bilik Seminar 1
- 7 hingga 8 Oktober - Shaidan bin Ariffin - Bilik Komputer
- 7 hingga 8 Oktober - Faizah binti Bakar - Bilik Mesyuarat
- 16 hingga 17 Oktober - Mohd Sahimi bin Ibrahim - Bilik Mesyuarat
- 16 hingga 17 Oktober - Faizah binti Bakar - Bilik Komputer

29 Ogos, 2014

Banner Blog PKG

Banner blog PKG Penaga telah dikemaskini.


Muat Turun

Ruangan Muat Turun PKG Penaga telah dikemaskini dengan bahan dan maklumat terbaru dan terkini. Pengunjung boleh ke ruangan tersebut dengan menu yang tersedia di sebelah kanan blog ini dan meng-klik Muat Turun.

Muat turun yang terkini

PSS

Laporan Tahunan

Logo KPM


Pihak PKG Penaga akan menambah dan mengemaskini ruang muat turun sekerap yang mungkin. Sekian terima kasih

11 Ogos, 2014

Taklimat Smart School Qualifications Standards (SSQS) Versi 3.0 dan Vle


Tarikh : 7 Ogos 2014
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Pinang BTPN Pulau Pinang
Jumlah peserta : 103 orang

09 Mei, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH MAAHAD AL-IMAM AN-NAWAWI

Tarikh: 6 hingga 8 Mei 2014 (Selasa hingga Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Maahad Al-Imam An-Nawawi

Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG Daerah SPU, Guru Perpustakaan & Media dan Guru Akademik Maahad Al-Imam An-Nawawi.

Keseluruhan jumlah peserta adalah seramai 14 orang iaitu;

Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN & PKG - 10 orang

Guru Perpustakaan & Media - 1 orang

Guru Akademik - 3 orang

Tujuan bengkel ini dijalankan:

  1. Pusat Kegiatan Guru Penaga bertanggungjawab memastikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah sama ada dari segi fizikal mahupun bukan fizikal terutama penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran, perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 
  2. Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran. 
  3. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini. 
  4. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Program NILAM.
Gambar-gambar berkaitan bengkel:

08 Mei, 2014

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN AUDIO DIGITAL & LAMAN PEMBELAJARAN VLE 1BESTARINET

Tarikh:   22 hingga 24 April 2014  (Selasa hingga Khamis)
Masa:     8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar PKG Penaga

Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Guru Perpustakaan & Media dan Guru Penyelaras Bestari/ ICT.

20 Mac, 2014

BENGKEL PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN VLE 1BESTARINET SEKOLAH


Tarikh: 17 hingga 19 Mac 2014 (Isnin hingga Rabu)
Masa;   8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:Bilik Seminar, Pusat Kegiatan Guru Penaga.

Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah. Bengkel ini telah di berikan oleh En. Adnan Ghazali (PTP1) dan Pn. Norizzan Md Said (PTP2) Pusat Kegiatan Guru Penaga, dibantu oleh Juruteknik komputer PKG, Nur Syafiqah Saiful Yezin.



28 Februari, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PUSAT KEGIATAN GURU KAWASAN PENAGA BIL. 1/2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PUSAT KEGIATAN GURU KAWASAN PENAGA BIL. 1/2014
Tarikh              : 25 Februari 2014.
Masa               : 2.30 petang.
Tempat            : Bilik Mesyuarat PKG Penaga
Pengerusi        : Pengetua SMK Sri Muda, Penaga


Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Penaga


Bilik Mesyuarat PKG Penaga yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 18 orang ini, telah dipindahkan ke tingkat bawah untuk memudahkan pelawat dan pelanggan PKG Penaga. Kemudahan-kemudahan dan prasarana yang telah disediakan ialah kemudahan WiFi, Projektor, Skrin projektor dan ruang berhawa dingin untuk keselesaan pengguna.