14 Mei, 2010

Berita


Maklumbalas berkenaan PKG Menjadi Gajah Putih dari

WAN MOHD ZAIDEE WAN ZIN
PTP PKG CHERASAssalamualaikum,

Sedikit pandangan saya,

Pada pandangan saya, guru yang menyuarakan pendapat ini tidak faham tentang fungsi PKG sebenarnya. Perkara yang paling jelas dinyatakan bahawa PKG mempunyai 4 orang pegawai sedangkan hakikatnya hanya ada 2 orang pegawai, 2 orang lagi adalah staf sokongan. Walaupun nama kita adalah Pusat Kegiatan Guru namun bidang tugas kita agak berlainan dengan pusat itu sendiri. Lupakan bidang tugas yg lepas dan berikan tumpuan kepada bidang tugas kita yang baru. Kita hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan sahaja.


Sebagai seorang guru, pelbagai pandangan terhadap kerja kita. Mereka ini keliru @ sengaja bercakap membabi buta tanpa fakta yang sebenar. Dewasa ini, tiada guru yang akan kata tugas guru tidak membebankan. Namun dalam kebebanan tersebut, guru2 ni masih lagi dapat hadir ke sekolah 7.30 pagi dan balik 1.00 tgh. Memang ada guru yg siang malam di sekolah, tapi berapa peratus? Guru yg benar2 sibuk ini hanya berapa kerat sahaja. Ini kerana agihan kerja yang kurang menyeluruh.

Kita akan tersentak dengan peryataan guru ini, tapi adakah kita ni seperti apa yang digambarkan oleh guru tersebut? Seperti kata Tuan Presiden, muhasabah diri & jangan kita sama-sama naik minyak. Kewujudan kita ini banyak memberi manfaatnya. Tugas kita memberi bantuan Aras 1 kepada sekolah. Membantu menyokong PPD. Insyaallah kerja buat kita diberkati oleh-Nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.