08 Jun, 2010

Bengkel Penyelarasan Program i-NILAM 2010

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Penaga akan mengadakan Bengkel Penyelarasan Program i-NILAM 2010 seperti ketetapan berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 23 Jun 2010
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Penaga

Sehubungan dengan itu, di minta kepada semua GPM dan Setiausaha NILAM agar dapat menghadirkan diri ke bengkel ini. Di minta kerjasama GPM agar dapat membawa bersama sebuah komputer riba dan Data Bacaan NILAM dari bulan Januari hingga Mei 2010 (satu kelas sahaja). Surat makluman berkenaan dengan bengkel ini telah dimasukkan ke dalam 'pigeon hold' sekolah masing-masing pada 04 Jun yang lalu.

Sekian, harap maklum.