24 Disember, 2014

Bengkel Pengurusan Blog 2014

Bengkel ini telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Tasek Gelugor. Kursus ini melibatkan pembantu-pembantu tadbir dari Pusat Kegiatan Guru Bahagian Utara. Antaranya ialah Pusat Kegiatan Guru Penaga, Tasek Gelugor, Kepala Batas, Butterworth dan Teluk Air Tawar.

Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 22hb hingga 24hb Disember 2014. Kursus yang dijalankan ini adalah buat pertama kali dijalankan khusus kepada pembantu tadbir Pusat Kegiatan Guru Bahagian Utara.

Tujuan kursus ini dijalankan supaya memberi pendedahan kepada pembantu tadbir agar dapat memahirkan didalam penggunaan Blog. 
Ini supaya agar di masa-masa hadapan, pembantu-pembantu tadbir yang menghadiri kursus tersebut dapat mengaplikasikan sendiri kemahiran tersebut demi kebaikan Pusat Kegiatan Guru masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.